Dec 23, 2010

.: rasa dalam hati :.

salam readers , 
bloggers , love !

pernah kamu rasa satu rasa aneh ?

bila mana sampai satu tahap ada rasa kecil menyelinap ,
menjerit mahu hentikan semua , 
meraung mahu pergi begitu saja .
teriak mahu terus berlalu . 

bila mana di tengah2 satu hubungan yg panjang , 
kamu mengeluh , kata ; 
kita dah tak macam dulu ,
mana hilangnya kimia kita .
kau dah lain . lansung tak faham aku !

bila mana di tengah2 perjalanan yang jauh ,
kamu berhenti tiba2 ,
terus berpaling .
menyerah kalah .
ambil jalan mudah 

bila mana setelah semua rintangan telah kamu hadapi ,
datang yang terakhir , 
kamu memilih untuk menyerah tanpa bertanding 

jangan bohong ,
semua orang pernah rasa itu .
bukan manusia kalau terlepas rasa itu .

aku simpulkan ia ,
aku panggil itu BOSAN.

rasa yang buat kau mati menilai , 
buat kau lupa mana yang indah , cuma nampak yg buruk .
buat kau memilih , jalan mudah tapi tak bermakna .
buat kau kaku , tak mampu berfikir .
buat kau berhenti , percaya sesuatu .


end ,
:))

2 comments:

maki hamun di sini !